Program Advokasi Pasca PT3 SMK Bandar Bintagor
09 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 8 November 2017, Pusat Internet (PI) Meradong berkerjasama dengan PI Sibu Jaya dan PI Seduan Rantau Panjang telah menerima jemputan Program Advokasi Pasca PT3 di SMK Bandar Bintagor yang bertempat di bilik kuliah sekolah tersebut. Program ini berlangsung pada pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 pagi. Seramai 100 orang pelajar Tingkatan 3 dan 3 orang guru terlibat sama dalam program tersebut.
Program Advokasi yang dijalan selama 2 jam ini merangkumi aktiviti seperti pengenalan terhadap Program Advokasi, Taklimat Hak dan Tanggungjawab Warga Digital, Taklimat dan Tayangan Video KDB, Kuiz KDB, E-Sisa, memperkenalkan aplikasi Check Your Label serta memberi pendedahan terhadap apa itu Online Grooming. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran hak dan tanggungjawab warga digital dan melahirkan semangat kerjasama antara peserta program melalui sesi soal jawab KDB. Di samping itu para pelajar dapat mengetahui cara penggunaan internet secara positif dan berhemah serta mengenalpasti label dan kitar semula barang elektronik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: