Technology Sharing Session (MCMC Initiative And 3D Printing)

21 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Oktober 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang yang diwakili oleh penolong pengurus telah menyertai program Technology Sharing Session (MCMC Initiative And 3D Printing) yang bertempat di Pustaka Negeri Sarawak, Kuching Sarawak. Program ini telah dijalankan pada 20 Oktober 2018, sabtu selama 1 hari sahaja. Seramai 10 buah Pusat Internet yang diwakili pengurus dan penolong pengurus iaitu Pusat Internet Kg Lambir, RPR Bandar Baru Permyjaya, RPR Sibujaya, PPR Bandaria Park, Taman Sepakat Jaya, PPR Batu Gong, PPR Taman Malihah, PPR Taman Dahlia dan RPR Taman Sri Wangi yang telah menyertai program ini.

Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti aktiviti seni kayu, berkebun, seni dan kraf, robotic, 3D dan elektronic. Antara aktiviti lain yang turut diadakan ialah Arduino Programming Workshop, Talk On Resigning Borneo Aesthetics, Basic Introduction On Airplanes Remote Control, Mini Drone Race Competition, Slot Pitching dan Creating Poster by Canva. Program ini disertai pelbagai peringkat umur untuk mempertengahkan kreativiti masing-masing dalam penghasilan produk pendidikan yang menyeronokkan serta bermanfaat. Program seperti ini juga dapat membantu pelbagai golongan masyarakat yang terdiri daripada golongan pelajar sekolah, kakitangan kerajaan mahupun swasta dan pelajar institusi pengajian awam mahupun swasta dalam menonjolkan bakat-bakat baharu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali