E-Learning dan Advokasi

22 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas E-Learning iaitu permainan atas talian dan taklimat advokasi di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Seramai 8 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Kelas ini berlangsung selama 3 jam.

Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mempelajari E-learning secara atas talian. Para perserta juga diberikan taklimat advokasi secara ringkas dan tayangan video advokasi. Tujuan taklimat ini diberikan ialah memupuk etika dan tatacara murni ketika menggunakan internet, mengelak daripada terjebak de¬ngan peni¬puan, mencegah buli siber dan memfitnah dalam diri perserta. Semasa kelas berlangsung, para perserta juga berpeluang bermain permainan atas talian menggunakan perisian Proprofs iaitu sliding game dan word search. Permainan ini bertujuan menguji kefahaman para perserta tentang advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali