Asas ICT (E-Mail)
23 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 22 Februari 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas asas Ict (E-mail) di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Seramai 7 orang peserta mengikuti kelas asas Ict (E-mail). Kelas ini bermula pukul 2:30pm sehingga 4:30pm merangkumi aktiviti seperti penerangan apa itu Email,cara penggunaan dan kegunaannya.
Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mempelajari asas Ict (Email) iaitu Gmail. Semasa kelas berlangsung, para peserta berpeluang mencipta akaun Gmail sendiri dan berpeluang belajar menghantar E-mail menggunakan Gmail kepada rakan masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: