Asas ICT Dan Taklimat Advokasi

08 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Oktober 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas asas ICT dan taklimat Advokasi di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang, Sibu. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi serta berkongsi ilmu pengetahuan dan kemahiran apa itu komputer. Selain itu juga, para peserta berpeluang belajar dengan lebih mendalam lagi tentang komponen dalam komputer.

Seramai 4 orang peserta mengikuti kelas asas ICT dan taklimat Advokasi ini. Kelas ini berlangsung selama 4 jam dari pukul 1.00 tengah hari sehingga 5:00 petang merangkumi aktiviti seperti tayangan video advokasi dan kuiz asas ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali