E-Learning (Asas ICT)

28 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Oktober 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang dan berkerjasama dengan Pusat Internet Bawang Assan telah mengadakan kelas E-Learning iaitu permainan atas talian di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Seramai 9 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 1.00 tengah hari sehingga 5.00 petang. Kelas ini berlangsung selama 4 jam.

Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan serta membantu mengukuhkan kemahiran teknologi bersama para peserta dalam mempelajari E-learning secara atas talian. Semasa kelas berlangsung, para perserta juga berpeluang bermain permainan atas talian menggunakan perisian Ict For Kids. Permainan ini bertujuan menguji kefahaman para perserta tentang kefahaman dalam mengenali setiap komponen komputer serta fungsinya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali