dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
PPR Seduan Rantau Panjang, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Kesedaran dan Latihan Kebakaran Kakitangan PI Zon Sibu

03 March 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 2 March 2018, staf Pusat Internet 1 Malaysia (PI) Zon Central Sibu dengan kerjasama staff Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu telah menjayakan Program Kesedaran dan Latihan Kebakaran yang bertempat di PI Kampung Bandong Sibu. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan asas kepada staf PI, mengenai langkah keselamatan dan tindakan sewajarnya apabila berdepan dengan situasi kebakaran.Program ini dihadiri oleh semua staf PI Zon Central Sibu dan beberapa orang sukarelawan PI.

Di antara aktiviti – aktiviti yang dijalankan semasa program ini berlangsung ialah ceramah kesedaran kebakaran, cara – cara menggunakan alat pemadam api dengan betul, latihan memadam api dan mengenali perkakasan yang digunakan oleh bomba ketika berlaku kebakaran atau kemalangan. Diharap program ini dapat menambah pengetahuan mengenai tindakan yang harus dilakukan terutama langkah menyelamatkan diri apabila berhadapan situasi kebakaran agar tidak panik dan bertindak sembarangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - Semua Hakcipta Terpelihara.