Microsoft Office (PowerPoint) & Animasi Kemerdekaan

13 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Ogos 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas pengenalan Microsoft Office (PowerPoint) dan animasi di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam membuat animasi kemerdekaan menggunakan Microsoft Office (PowerPoint). Semasa kelas berlangsung, para perserta berpeluang belajar lebih mendalam dalam membuat animasi menarik menggunakan reben yang terdapat di Microsoft Office (PowerPoint).

Para peserta juga belajar membuat animasi yang bertajuk “Selamat Hari Kebangsan ke 61”. Seramai 12 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 1.00 tengah hari sehingga pukul 5.00 petang merangkumi aktiviti seperti pengenalan Microsoft Office (PowerPoint) dan cara menghasilkan animasi yang menarik

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali