Lawatan Sambil Belajar Dan Program Celik IT Tabika Kemas PPR Rantau Panjang (Kelas A & B)

08 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 7 November 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah merima lawatan sambil belajar dan program celik IT dari Tabika Kemas PPR Rantau Panjang.Tujuan lawatan itu diadakan ialah untuk memperkenalkan dan mendedahkan kepada kanak-kanak Tadika Kemas tentang wujudnya Pusat Internet. Lawatan itu juga dapat memberikan ilmu pengetahuan yang baru tentang komponen komputer dan pendedahan pembelajaran ABC serta nombor secara atas talian (E-Learning).

Seramai 30 orang kanak-kanak dan 3 orang guru pengiring turut serta dalam lawatan dan program ini. Lawatan dan program ini berlangsung selama 2 jam bemula pukul 8:00 pagi dan berakhir pada pukul 10:00 pagi. Pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa lawatan ini dijalankan antaranya belajar asas ICT, pembelajaran ABC secara atas talian (E-Learning) dan nyanyian lagu kanak-kanak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali