Perbentangan (Soft Skills)

16 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai 2018, Pusat Internet Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas perbentangan (soft skills) di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang, Sibu. Seramai 10 orang pelajar mengikuti perbentangan (soft skills )ini. Perbentangan ini dijalankan selama 2 jam bermula 3.00 petang dan berakhir 5.00 petang.

Tujuan perbentangan ini diadakan untuk melatih para pelajar untuk bercakap di hadapan khalayak ramai dalam membentangkan hasil kerja masing-masing iaitu animasi menggunakan Microsoft Office (Excel). Para pelajar juga diminta membentangkan hasil kerja secara individu mengikut masa yang ditetapkan. Di akhir kelas, para pelajar juga telah diberikan hadiah untuk animasi yang paling menarik yang dihasilkan oleh para pelajar sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali