Pengenalan Kepada Facebook

30 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 29 November 2018, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Pengenalan kepada Facebook di PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama Sharifah Nur Atiqah selaku usahawan PI PPR Seduan dalam menggunakan Facebook sama ada untuk mempromosikan barang jualan sama ada secara langsung atau tidak. Semasa kelas berlangsung, Sharifah juga  berpeluang belajar menggunakan Facebook dengan lebih baik dan langkah-langkah keselamatan semasa melayari internet.

Kelas ini dapat membantu Sharifah memupuk dan menanam semangat keusahawanan dalam diri beliau sendiri. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu beliau membentuk daya tahan dan jati diri dalam mengendalikan perniagaan sendiri. Kelas ini bermula pukul 9.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali