Modul Asas Animasi (Animasi Hari Bapa) & Advokasi

16 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jun 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas modul asas animasi sempena Hari Bapa di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Dalam kelas ini, para perserta diajar membuat animasi menggunakan Microsoft Office PowerPoint. Para perserta diajar menggunakan ribbon yang terdapat di PowerPoint seperti penggunaan shape, animation dan format.

Para perserta terlebih dahulu diberi penerangan yang ringkas dalam menghasilkan asas animasi yang menarik. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan dalam menghasilkan asas animasi menggunakan Microsoft Office PowerPoint. Seramai 14 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 09:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali