Asas Komputer

20 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Julai 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas asas komputer di PI PPR Seduan Rantau Panjang. Dalam kelas ini, Encik Kalom Ak Sepen atau dikenali dengan nama Tuai Rumah Kalom diajar menggunakan komputer dalam menghasilkan peta lokasi rumah panjang beliau. Kelas ini menyediakan kemahiran asas yang perlu dipelajari oleh Encik Kalom untuk meningkatkan kemahiran dalam menguasai penggunaan komputer ke tahap selanjutnya.

Di dalam kelas ini juga, Encik Kalom juga diajar secara ringkas dalam pengenalan komputer dan internet seperti perkakasan komputer serta perisian komputer. Encik Kalom juga diajar dalam menggunakan Microsoft Office Word sebagai contoh penggunaan perisian komputer. Kelas ini bermula pukul 02:00 tengah hari sehingga 05:00 petang selama 3 jam merangkumi aktiviti taklimat dan tayangan video advokasi secara ringkas sebagai aktiviti sampingan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali