Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Ppr Seduan Rantau Panjang

22 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2019, Pusat Internet PPR Seduan telah mengadakan Hari bersama komuniti di Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang. Program Hari bersama komuniti PI PPR Seduan Rantau Panjang merupakan salah satu usaha pihak pengurusan PI PPR Seduan Rantau Panjang untuk lebih mendekati JKKK Flat PPR Rantau Panjang dan komuniti setempat dan memperkenalkan pi secara keselurahannya.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik serta pertandingan yang diadakan semasa Hari bersama komuniti PI, antaranya ialah tayangan video advokasi, Quiver vision 3D, pertandingan masakan, mini Ict explorace, cabutan tiket bertuah dan Booth E-Waste. Pertandingan Quiver vision 3D dan pertandingan masakan melibatkan penyertaan secara individu. Pertandingan mini Ict explorace diselitkan dengan aktiviti yang menarik seperti kepalaku pening, tangan sepantas kilat, telefon rosak, kereta kebal dan silangkira saya. Aktiviti ini melibatkan penyertaan secara berkumpulan. Booth E-Waste juga merupakan salah satu aktiviti yang diadakan.

Pengunjung yang membawa barangan elektrik seperti telefon bimbit yang rosak atau tidak terpakai dari rumah mereka dan diserahkan kepada pihak PI PPR Seduan dan disimpan di dalam kotak E-Waste. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat memupuk semangat kepentingan penjagaan alam sekitar dikalangan komuniti setempat. Program hari bersama komuniti ini turut dijayakan dengan kerjasama PI Bawang Assan dan RPR Sibujaya. Di akhir program, penyampaian hadiah dan cendarahati yang telah disempurnakan oleh Encik Michael Abok selaku pengerusi JKKK Flat PPR Seduan Rantau Panjang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali