E-learning (Kahoot Basic ICT) & Advokasi

18 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 November 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah menyertai kelas E-Learning iaitu permainan atas talian Kahoot Basic ICT, asas multimedia dan advokasi di bilik latihan Pusat Internet RPR Sibujaya. Seramai 8 orang pelajar telah menyertai kelas ini. Tujuan kelas ini diadakan untuk mengisi masa lapang para perserta dengan aktiviti yang berfaedah.

Para perserta juga berpeluang belajar sambil bermain dalam mengenali nama peralatan komputer, asas multimedia dan advokasi. Semasa kelas berlangsung, para perserta juga berpeluang bermain permainan atas talian menggunakan perisian Kahoot iaitu Kahoot Basic ICT. Permainan ini menguji kefahaman para peserta dalam mengenali nama peranti komputer. Kelas ini berlangsung selama 4 jam merangkumi aktiviti penyampaian hadiah kepada peserta yang mendapat markah tinggi dalam permainan ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali