Microsoft Office PowerPoint (Poster KDB)

29 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 April 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Microsoft Office PowerPoint di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mempelajari membuat poster Klik Dengan Bijak dengan menggunakan Microsoft Office (PowerPoint).

Dalam kelas tersebut, para perserta berpeluang belajar membuat poster dengan menggunakan bentuk dan jenis tulisan WordArt. Para perserta juga diajar menggunakan ribbon yang terdapat di Microsoft PowerPoint. Seramai 9 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 02:00 tengah hari sehingga 05:00 petang merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali