Kursus Asas Modul Microsoft Office PowerPoint (Sesi 2) dan Advokasi

17 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Februari 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang dan Pusat Internet Bawang Assan telah mengadakan Kursus Asas Modul Microsoft Office PowerPoint (Sesi 2) dan Advokasi di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kursus ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mempelajari Microsoft Office PowerPoint. Para perserta terlebih dahulu diberikan penerangan secara ringkas tentang kegunaan dan cara penggunaan Microsoft Office PowerPoint.

Semasa kursus berlangsung, para peserta diberi satu tajuk iaitu “perniagaan” dalam belajar dengan lebih mendalam menggunakan Microsoft Office PowerPoint. Di akhir kursus, para perserta diminta untuk membentangkan hasil kerja masing-masing. Kursus ini bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 5:00 petang merangkumi aktiviti seperti tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali