Kursus Asas Modul Microsoft Office Word (Sesi 1) dan Advokasi

17 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Februari 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang dan Pusat Internet Bawang Assan telah mengadakan Kursus Asas Modul Microsoft Office Word (Sesi 1) dan Advokasi di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kursus ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mempelajari Microsoft Office Word.

Semasa kursus berlangsung, para peserta diberi penerangan asas komputer secara ringkas serta penerangan menggunakan Microsoft Office Word serta fungsi yang ada di dalam Microsoft Office Word. Kelas ini bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari merangkumi aktiviti seperti tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali