Kelas Asas Adobe Photoshop Dan Perkongsian KDB Advokasi

20 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Januari 2019, Pusat Internet RPR Sibujaya berkerjasama dengan Pusat Internet Bawang Assan dan PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Asas Adobe Photoshop dan perkongsian KDB Advokasi di bilik latihan PI RPR Sibujaya. Seramai 11 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 9:00 pagi sehingga 5:00 petang. Kelas ini berlangsung selama 7 jam.

Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mempelajari asas Adobe Photoshop dan lebih kreatif dalam penyuntingan fotografi menggunakan Adobe Photoshop. Para perserta terlebih dahulu diberi penerangan dalam menggunakan peralatan-peralatan dalam perisian Adobe Photoshop untuk tujuan merekabentuk grafik. Kelas ini dilaksanakan melalui kaedah penerangan asas, demonstrasi dan latihan amali. Hal ini dapat mengembangkan kreativi peserta dalam mereka bentuk dan mengolah grafik digital bagi pelbagai kegunaan seperti poster, gambar dan lain-lain lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali