Asas Komputer dan Microsoft Office PowerPoint Sesi 1

27 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Januari 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas asas komputer dan Microsoft Office (PowerPoint) Sesi 1 di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mencipta kuiz uji minda dengan menggunakan Microsoft Office (PowerPoint). Semasa kelas berlangsung, para perserta belajar asas Microsoft Office (PowerPoint) dan asas komputer. Dalam kelas itu juga, para perserta diberikan penerangan secara ringkas dalam cara menghasilkan kuiz uji minda yang menarik melibatkan penggunaan teks, imej,grafik, animasi, video, audio dan carta.

Seramai 8 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 9:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari  merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali