Asas Komputer dan Microsoft Office PowerPoint Sesi 2

27 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Januari 2019, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas asas komputer dan Microsoft Office (PowerPoint) sesi dua di bilik latihan PI PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama para peserta dalam mencipta kuiz uji minda dengan menggunakan Microsoft Office (PowerPoint). Semasa kelas berlangsung, para perserta berpeluang mencipta kuiz tersebut menggunakan reben yang terdapat di Microsoft Office (PowerPoint) seperti insert gambar, hyperlink button, action button, insert audio dan sebagainya.

Seramai 8 orang peserta mengikuti kelas tersebut. Kelas ini bermula pukul 2:00 petang sehingga pukul 5.00 petang  merangkumi aktiviti sampingan seperti tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali