Perisian Wondershare Filmora

25 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Oktober 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengambil inisiatif mengadakan kelas pengenalan dan cara penggunaan perisian Wondershare Filmora dengan menggunakan aplikasi Streamyard Live Streaming Studio bagi aktiviti sepanjang bulan Oktober 2020. Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah memberi secara ringkas tentang kelebihan dan cara penggunaan perisian Wondershare Filmora kepada penonton secara langsung di Facebook Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang. Live ini dijalankan dengan harapan komuniti setempat dapat menggunakan maklumat yang diberikan dan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali