Mengisi Maklumat Murid Menggunakan Microsoft Excel

8 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Mac 2021 jam 2 hingga 5 petang, seorang guru yang bernama Samoi datang ke Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang untuk membuat kerja beliau. Beliau telah membuat temujanji terlebih dahulu bagi mengikuti sop yang telah ditetapkan oleh pengurusan Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang. Beliau telah menggunakan perkhidmatan fasiliti Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang bagi memudahkan beliau untuk membuat kerja beliau, tambahan pula beliau kurang mahir menggunakan Microsost Excel dan beliau meminta staf Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang untuk mengajar beliau menggunakan Microsoft Excel bagi mengisi maklumat murid beliau. Selain itu beliau juga telah membuat Pdpr bersama murid beliau oleh kerana capaian internet lebih stabil di Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang berbanding di rumah beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali