Tutorial Google Form

10 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu 11 November 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Tutorial Google Form melalui Facebook. Sepanjang program tersebut, masyarakat telah diberi sedikit penerangan berkaitan cara asas menggunakan google form. Selain daripada itu juga, masyarakat diberi tunjuk ajar untuk mengakses akaun Gmail terlebih dahulu sebelum membuat borang. Dalam aplikasi Google, masyarakat didedahkan dengan fungsi Google form di mana dalam aplikasi tersebut telah terdapat template tersendiri untuk membuat borang. Borang tersebut juga boleh diguna pakai untuk tujuan borang atas talian. Diharap komuniti setempat memahami cara menggunkan google form bagi memudahkan urusan mereka dimasa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali