Kelas ICT (Pengenalan kepada Internet dan E-mel)

9 April 2021 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT, Pengenalan kepada Internet dan E-mel dijalankan di Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang. Kelas diadakan bermula jam 2 petang hingga 5 petang. Peserta diberi tunjuk ajar mengenali dan mengendalikan Internet dan E-mel seperti berikut , mengetahui maklumat tentang internet, pelayar dan alamat web, memulakan pelayar web, memuat turun dan menyimpan gambar, mencari maklumat di internet dengan menggunakan enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan lain-lain, Disamping itu juga peserta diterangkan cara log masuk dan log keluar dari akaun E-mel, menggunakan akaun E-mel untuk membaca, menghantar, dan membalas mesej. Selain itu peserta diterangkan mengenai garis panduan keselamatan melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali