Mobile e-Waste

16 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah memuat naik video ringkasan ke laman rasmi Facebook PIK PPR Seduan Rantau Panjang bertajuk Mobile e-Waste (e sisa). Perkongsian ini dibuat melalui atas talian bagi mengurangkan risiko penyebaran virus Covid-19 di kalangan masyarakat PPR Seduan Rantau Panjang. Perkongsian Mobile E-Waste ini adalah kesedaran untuk melupuskan peranti elektronik yang telah tamat tempoh luput ataupun yang telah rosak. e-Waste dapat membantu dalam kepentingan untuk kesihatan dan kebersihan alam pesekitaran. Di harap perkongsian yang dibuat menerusi atas talian ini sedikit sebanyak dapat memberi impak mengenai kesedaran pentingnya topik Mobile e-Waste ini di kalangan komuniti khususnya komuniti sekitar Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali