Perkongsian OBS Studio - Berkongsi Paparan Telefon Bimbit ke Komputer

14 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Julai 2021, satu perkongsian mengenai OBS Studio telah diadakan pada pukul 2.30 petang sehingga 3.30 petang. Perkongsian ini dianjurkan oleh PIK Tanjung Manis dan di ajar oleh Penolong Pengurus PIK Tanjung Manis, Encik Sulaiman. Perkongsian ini turut disertai oleh beberapa PIK seperti PIK PPR Seduan Rantau Panjang, PIK RPR Sibujaya, PIK Semop, PIK Daro dan PIK Meradong.

Melalui perkongsian ini, banyak ilmu yang dikongsi oleh Encik Sulaiman dengan mengajar cara menggunakan OBS. Selain itu, perkongsian dengan cara pengguna telefon Android dan IOS dengan penggunaan software yang besesuaian. Di samping itu, Encik Sulaiman turut memperkenalkan software yang bersesuaian bagi yang menggunakan telefon pintar untuk berkongsi paparan telefon ke komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali