Advokasi Maklumat Palsu

18 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu 17 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Perkongsian Advokasi Maklumat Palsu melalui Facebook. Sepanjang program tersebut, Masyarakat telah diberi sedikit penerangan berkaitan dengan Maklumat Palsu dimana kebanyakkan masyarakat sekarang sering kali menyebarkan maklumat palsu tanpa usul periksa dari sumber yang sahih. Selain daripada itu juga, masyarakat didedahkan jenis dan kesan Maklumat Palsu. Selain itu, masyarakat disarankan untuk berhati hati sebelum mempercayai sesuatu dan berkongsi maklumat yang tidak tepat di media sosial bagi membendung penyebaran Maklumat Palsu yang semakin berluasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali