Microsoft Office Word

17 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 April 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Microsoft Office Word. Kelas ini bermula pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari merangkumi aktiviti seperti penerangan apa itu Microsoft Office Word kegunaannya dan cara menggunakannya dengan betul. Tujuan kelas ini diadakan untuk berkongsi ilmu pengetahuan bersama peserta dalam mempelajari Microsoft Office Word. Semasa kelas berlangsung, peserta diajar dalam menggunakan jadual, memasukkan gambar dan lain-lain lagi dalam membuat latihan menggunakan Microsoft Office Word. Demi menguji pemahaman peserta , diakhir kelas diadakan peserta diuji dengan penilaian menukarkan teks kepada bentuk jadual, membuat formula menggunakan simbol yang ada dan menghasilkan letterhead.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali