Pengurusan Risiko Dalam Talian (Oversharing)

21 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu 20 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Perkongsian Advokasi Pengurusan Risiko Dalam Talian (Oversharing) melalui Facebook. Sepanjang program tersebut, masyarakat telah diberi sedikit penerangan berkaitan dengan oversharing atau lebih dikenali bekongsi secara berlebihan dimana generasi pada masa kini banyak menghabiskan masa di atas talian dengan wujudnya internet. Selain daripada itu juga, masyarakat diberi penjelasan tentang beberapa jenis Oversharing seperti berkongsi maklumat peribadi di media sosial, berkongsi lokasi semasa dan lain-lain. Selain itu, kesan-kesan dan langkah untuk membendung Oversharing turut diterangkan sepanjang perkongsian tersebut. Sebagai tambahan masyarakat turut diingatkan untuk mengetahui apakah tip pencegahan untuk mengelakkan oversharing berlaku disamping menjaga etika ketika menggunakan kemudahan yang terdapat di internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali