Training Asas Suntingan Video Menggunakan Adobe Premier Pro dan Penggunaan Green Screen

20 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Jun 2021 yang lepas, satu latihan asas mengenai suntingan video telah diadakan dengan menggunakan Google Meet sebagai medium pembelajaran. Latihan ini telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti Tanjung Manis iaitu, Encik Sulaiman. Latihan ini berlangsung selama lebih kurang selama sejam dari pukul 2.30 petang sehingga 3.30 petang.

Melalui latihan yang diberikan, teknik asas penggunaan Adobe Premier Pro dan penggunaan skrin hijau dapat diberikan walaupun mempunyai kekangan untuk bersemuka. Selain itu, para peserta turut diajar cara menyunting video sekaligus mengabungkan skrin hijau di dalam video dengan menggunakan Adobe Premier Pro.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali