Advokasi Buli Siber

29 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu 28 April 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Perkongsian Advokasi Buli Siber melalui Facebook. Sepanjang program tersebut, masyarakat telah diberi sedikit penerangan berkaitan dengan buli siber dimana generasi pada masa kini banyak menghabiskan masa di atas talian dengan wujudnya internet. Selain daripada itu juga, masyarakat diberi penjelasan tentang beberapa jenis buli siber seperti mesej yang menganggu dan mengancam, menyalagunakan kata laluan atau menyamar, memuat naik komen yang berbaur hasutan dan lain. Masyarakat turut diberi pengetahuan tentang perbandingan buli siber dengan jenis buli yang lain. Selain itu, kesan-kesan dan langkah untuk membendung buli siber turut diterangkan sepanjang perkongsian tersebut. Sebagai tambahan masyarakat turut diingatkan untuk mengetahui apakah tip pencegahan untuk mengelakkan buli siber berlaku disamping menjaga etika ketika menggunakan kemudahan yang terdapat di internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali