Pengenalan Kepada Laman Sesawang Canva

5 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Mac 2021 jam 8.30 pagi sampai 11.30 pagi, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas membuat resume menggunakan Canva (https://www.canva.com/). Canva merupakan salah satu platform untuk graphic designing yang menggunakan drag and drop function. Canva sangat mudah digunakan untuk mencipta pelbagai grafik seperti Facebook Post, Resume, Poster, logo, Instagram Post, Banner, dan bermacam lagi. Kelas ini telah dihadiri oleh seorang belia lelaki yang merupakan ahli pusat internet komuniti PPR Seduan Rantau Panjang. Di awal kelas, peserta diajar untuk membuat resume supaya lebih menarik dan kemas. Selepas itu, peserta dibimbing untuk menggunakan templat yang sedia ada di Canva dan mengubahsuai templat itu mengikut kreativiti mereka sendiri. Resume yang dihasilkan peserta adalah untuk kegunaan diri peserta pada masa akan datang disaat untuk meminta kerja ataupun semasa temuduga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali