Microsoft Office PowerPoint

7 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah menjalankan kelas asas infografik dengan menggunakan Microsoft Office PowerPoint. Kelas ini disertai oleh dua orang peserta dimana peserta diajar cara asas menghasilkan infografik di dalam slaid pembentangan Microsoft Office PowerPoint mereka. Penggunaan infografik amat menarik kerana menggabungkan reka bentuk grafik dan informasi untuk berkomunikasi atau menyampaikan mesej dengan cara yang paling berkesan kepada semua golongan sasar.

Selain daripada itu, para peserta juga turut diberikan taklimat ringkas advokasi. Kelas ini dijalankan bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali