Video Hari Kebangsaan

7 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 September 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Seduan Rantau Panjang telah memuat naik hasil video peserta Hari Kebangsaan ke laman rasmi Facebook PIK PPR Seduan Rantau Panjang yang bertajuk Video Hari Kebangsaan 2021. Perkongsian program ini dibuat melalui atas talian bagi mengurangkan risiko penyebaran virus Covid-19. Program Video Hari Kebangsaan ini adalah untuk memupuk semangat cintakan kepada negara tambahan lagi untuk memperingati kisah perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan negara Malaysia. Di harap program Video Hari Kebangsaan yang dibuat menerusi atas talian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada peserta yang menghasilkan karya sendiri dengan lebih kreatif dan mengasah bakat peserta pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali