Pengenalan Kepada Internet (Youtube)

11 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis 10 November 2022, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan program Pengenalan Kepada Internet (Youtube). Tujuan program ini diadakan ialah mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang berfaedah dan menambah pengetahuan peserta tentang Internet. Program ini sedikit sebanyak memberi ilmu dan pengetahuan kepada peserta tentang Internet.

Program ini berlangsung selama 2 jam dari pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang. Pihak PEDi PPR Seduan amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu kepada peserta dan berharap semoga program Pengenalan Kepada Internet (Youtube) yang disampaikan bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali