Kelas Mereka Bentuk Poster Menggunakan Microsoft Office PowerPoint

11 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Mei 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas secara individu iaitu Kelas Mereka Bentuk Poster Menggunakan Microsoft Office PowerPoint. Adik Daniel merupakakan ahli PEDi ini telah mendapatkan bantuan dan tunjuk ajar dari petugas PEDi berkenaan cara membuat poster bertujuan untuk Majlis Orientasi Online dengan mudah menggunakan PowerPoint sahaja. Antara yang telah diajar dan dikongsikan oleh petugas PEDi ialah berkenaan dengan Penggunaan laman web Freepik sebagai carian bahan dan elemen grafik yang boleh dimuat turun secara percuma.Penggunaan laman web Cloud Convert sebagai medium untuk menukar format grafik dari SVG ke EMF, berikutan hanya format EMF sahaja dapat digunakan di dalam Microsoft PowerPoint versi 2016.Penggunaan Shapes di dalam Microsoft PowerPoint dan cara perletakkan elemen agar poster kelihatan seimbang dan menarik.Semoga kelas ini bermanfaat dan selamat maju jaya diucapkan kepada adik Daniel dimasa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali