E-Learning (Kahoot Merdeka)

12 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu 11 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan E-learning iaitu Kahoot Merdeka sempena bulan kemerdekaan. Dua orang budak sekolah iaitu ahli PEDi yang menyertai kelas ini. Tujuan kelas ini diadakan ialah mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas kemerdekaan ini juga dapat menanam semangat patriotik dan semangat nasionalisme dalam diri setiap mereka semasa menjawab soalan tentang kemerdekaan. Kelas ini berlangsung selama 1 jam melibatkan aktiviti sampingan seperti tayangan video kemerdekaan dan advokasi. Pihak PEDi PPR Seduan amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu kepada mereka berdua serta berharap semoga kelas yang disampaikan bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali