Keselamatan dalam Komputer

14 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 13 April 2022, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan satu sesi perkongsian Klik dengan Bijak tentang panduan Keselamatan dalam Komputer. Perkongsian ini telah diadakan di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital PPR Sedaun Rantau Panjang untuk tontonan ramai.

Tujuan sesi perkongsian ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran komuniti tentang keselamatan dalam komputer dan kepentingannya. Beberapa panduan atau tips keselamatan telah dikongsikan sepanjang perkongsian ini untuk langkah berjaga-jaga dan melindungi keselamatan diri dan media sosial. Secara umumnya, sesi perkongsian ini dapat membantu komuniti untuk memahami panduan keselamatan dalam komputer peribadi atau sebagainya. Antaranya, tidak berkongsi kata laluan dengan orang lain dan tidak melayari laman web yang tidak dikenali atau tidak sah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali