Kelas Asas Microsoft Office Word

15 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu 14 Disember 2022, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Office Word. Tujuan kelas ini diadakan ialah mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang berfaedah dan menambah kemahiran menaip. Kelas ini sedikit sebanyak memberi ilmu dan meningkatkan kemahiran menaip peserta. Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit dari pukul 2.00 petang hingga 3.30 petang.

Pihak PEDi PPR Seduan amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu kepada peserta dan berharap kelas asas Microsoft Office Word – Menaip Karangan Aku Sebatang Sungai yang disampaikan bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali