Asas Ict (Perkakasan Komputer)

15 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis 15 September 2022, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Asas ICT iaitu penerangan tentang perkakasan ICT dan cara menaip. Dua orang ahli PEDi yang menyertai kelas ini. Tujuan kelas ini diadakan ialah mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas asas ICT ini juga dapat sedikit sebanyak memberi mereka pengetahuan tentang perkakasan komputer dan cara menaip. Kelas ini berlangsung selama 1 jam dari pukul 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Pihak PEDi PPR Seduan amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu kepada mereka serta berharap semoga kelas yang disampaikan bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali