Pengenalan Asas Canva

22 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis 21 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Pengenalan Asas Canva. Canva merupakan salah satu platform untuk graphic designing yang menggunakan drag and drop function. Canva sangat mudah digunakan untuk mencipta pelbagai grafik seperti Facebook Post, Resume, Poster, logo, Instagram Post, Banner, dan bermacam lagi. Di awal kelas, peserta diajar untuk membuat resume dan banner supaya lebih menarik dan kemas. Selepas itu, peserta dibimbing untuk menggunakan templat yang sedia ada di Canva dan mengubahsuai templat itu mengikut kreativiti mereka sendiri dan belajar cara membuat menukar skema warna, memilih jenis font serta meletakkan elemen reka bentuk di galeri yang tersedia. Kelebihan kelas ini dapat memberi tunjuk ajar cara mengunakan perisian canva dengan lebih terperinci dan sememangnya dalam aplikasi Canva menyediakan ruang berkreativiti tanpa batasan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali