Kahoot Merdeka

26 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 25 September 2022, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Kahoot Merdeka. Seramai 6 orang peserta telah menyertai kelas ini di dalam bilik latihan PEDi PPR Seduan Rantau Panjang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengisi masa lapang para peserta dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. Kelas kemerdekaan ini juga dapat menanam semangat patriotik dan semangat nasionalisme dalam diri setiap peserta semasa menjawab soalan tentang kemerdekaan. Kelas ini berlangsung selama 1 jam bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 3.30 petang melibatkan aktiviti sampingan seperti tayangan video kemerdekaan dan advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali