Kenali Perdana Menteri Malaysia (Hari Malaysia)

9 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis 8 September 2022, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Kenali Perdana Menteri Malaysia sempena dalam bulan Hari Malaysia. Lapan orang budak-budak sekolah iaitu ahli PEDi yang menyertai kelas ini. Tujuan kelas ini diadakan ialah mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas Kenali Perdana Menteri Malaysia ini juga dapat sedikit sebanyak memberi mereka pengetahuan tentang Perdana Menteri yang dahulu dan yang sedang berkhidmat sekarang. Kelas ini berlangsung selama 1 jam dari pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang. Pihak PEDi PPR Seduan amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu kepada mereka serta berharap semoga kelas yang disampaikan bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali