Sembang-Sembang ASNB : Hibah Amanah Dan Pengisytiharan Amanah Warisan Pelaburan Untuk Yang Tersayang

12 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Sembang-sembang ASNB: Hibah Amanah Dan Pengisytiharan Amanah Warisan Pelaburan Untuk Yang Tersayang telah dibuat melibatkan beberapa Pusat Ekonomi Digital Zon Sarawak dan diikuti oleh komuniti masing-masing. Program ini dijalankan di atas talian sahaja dan bermula pada pukul 2:30 petang sehingga pukul 4:30 petang.

Program anjuran bersama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Pusat Ekonomi Digital Zon Sarawak ini bertujuan dan bermatlamat bagi mendedahkan kepada masyarakat mengenai pentingnya membuat hibah dan pengisytiharan amanah kepada pemilik aset atau pemilik harta supaya tidak memberi kemudaratan kepada pewaris pada generasi yang seterusnya terutamanya melibatkan ahli keluarga. Jika ia tidak dilakukan, bukan sahaja melibatkan konflik sesama ahli keluarga bahkan mengambil masa yang lama untuk membuat tuntutan.

Kelebihan program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pemilik harta atau aset betapa pentingnya membuat hibah dan pengisytiharan amanah dengan ASNB. Ini kerana apabila pemilik harta atau aset meninggal dunia, pewaris harta tidak akan mengalami kesukaran untuk membuat segala tuntutan dan tempoh masa yang diambil bagi menuntutnya menjadi singkat. Bukan itu sahaja, konflik sesama ahli keluarga terdekat tidak akan berlaku dengan adanya hibah ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali