Mari Mengenali Komputer (ICT)

7 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad 6 November 2022, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan program penerangan tentang Mari Mengenali Komputer dan tayangan video tentang Komputer. Tujuan program ini diadakan ialah mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang berfaedah dan menambah pengetahuan peserta tentang komputer dan perkakasan komputer.

Program ini sedikit sebanyak memberi ilmu dan pengetahuan kepada peserta tentang Komputer. Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit dari pukul 10.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Pihak PEDi PPR Seduan amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu kepada peserta dan berharap semoga program tentang Mari Mengenali Komputer yang disampaikan bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali