Advokasi Penipuan Kewangan (Macau Scam)

15 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu 14 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan perkongisan advokasi Penipuan Kewangan (Macau Scam) ini adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahayanya sindiket Macau Scam ini. Secara ringkas, Macau Scam adalah salah satu cabang jenayah siber yang semakin berleluasa di Malaysia kini. Peserta telah diberi informasi mengenai apa itu Macau Scam, modus operasi sindiket tersebut dan juga cara-cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa Macau Scam. Perkongsian advokasi ini adalah memberi nasihat kepada para peserta supaya lebih berhati-hati sekiranya menerima panggilan daripada individu yang tidak dikenali dan lebih peka menjaga data peribadi sendiri. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada para peserta supaya lebih berhati-hati dalam mempercayai sesuatu berita.. Selain itu, kesan-kesan dan langkah untuk turut dikongsi untuk kepada peserta agar mereka lebih peka kepada isu macau scam ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali