Asas Shopee dan Canva

20 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 19 April 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Asas Shopee dan Canva di laman Facebook PEDi PPR Seduan Rantau Panjang. Dengan adanya video ini dapat membantu kepada sesiapa yang ingin mula berniaga secara atas talian dengan mudah dan menarik. Selain itu, melalui video ini yang telah di muatnaik turut menunjukkan tutorial setiap langkah agar peserta yang menonton faham dan jelas ilmu yang hendak disampaikan.

Terdapat tutorial yang menarik dilakukan seperti cara mendaftar akaun Shopee, cara menyunting gambar muka hadapan atau barangan jualan kedai penjual Shopee dan cara memasukkan produk baru untuk dijual. Secara konklusinya, video Asas Shopee dan Canva ini dapat memberi manfaat yang banyak kepada peserta terutamanya kepada yang ingin berniaga secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali