Program Webinar Pemerkasaan Pengguna 2022

16 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mei 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Seduan Rantau Panjang telah mengikuti Program Webinar Pemerkasaan Pengguna 2022 yang dianjurkan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia atau lebih dikenali sebagai FOMCA. Nama Inggeris FOMCA iaitu Federation of Malaysian Consumer Association ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan Malaysia. FOMCA merupakan gabungan persatuan-persatuan pengguna negeri-negeri dan berusaha memperjuangkan hak pengguna di Malaysia. FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam memberikan maklumat, pendidikan dan perlindungan pengguna.

FOMCA bertujuan mencapai objektif-objektif berikut iaitu untuk memperkuatkan perkembangan pergerakan pengguna di Malaysia , Meneliti isu-isu dan masalah pengguna dan berjuang untuk hak-hak pengguna, Untuk berjuang menerusi kuasa beli pengguna demi mendapatkan satu orientasi pembangunan yang akan menjamin keadilan sosio ekonomi dan kualiti alam sekitar yang lebih baik bagi semua, Menyelaras dan menjadi badan perunding bagi organisasi pengguna yang lain di Malaysia. Kandungan jemputan ini sangat bagus dan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna di Malaysia. Tujuan FOMCA adalah untuk Memperkasakan Pengguna melalui penglibatan penggubalan polisi dasar / garis panduan / standard / undang-undang di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Para peserta turut berpeluang menanyakan soalan mengenai program ini agar lebih memahami program tersebut dan sebagai penghargaan, FOMCA juga menyediakan sijil digital kepada peserta yang mengikuti program webinar ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali