Kelas ICT – Microsoft Office Word

23 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu 22 Mac 2023, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Kelas ICT iaitu Microsoft Office Word. Tujuan kelas ini diadakan untuk mengajar peserta cara menaip dengan betul dan pengunaan papan kekunci dengan cepat. Kelas ini sedikit sebanyak memberi ilmu dan meningkatkan kemahiran peserta mengenai Microsoft Office Word. Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit dari pukul 2.30 petang hingga 4.00 petang.

Pihak PEDi PPR Seduan amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu kepada peserta dan berharap Kelas ICT Microsoft Office Word yang disampaikan bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali